Bestnya Berspa episod 2.

3. Elemen Sentuhan

Apa yang best tentang spa adalah ada elemen sentuhan. Urutan sentuhan pada badan client yang tegang. Mengurut mampu melembutkan semula ketegangan otot dan urat badan. Apabila kita stress, pasti badan kita akan tegang dan mula lenguh. Jadi urutan membantu melembutkan dan meringankan bebanan yang dirasai dan ditanggung.

Selain itu urutan juga menolak toksin ke sistem limfatik untuk dinyahkan. Proses detoksifikasi berlaku dalam proses urutan. Toksin yang tinggi dalam badan menyebabkan kita mudah mengantuk dan keletihan.

Urutan point juga penting untuk menyihatkan saraf saraf badan kita. Point sangat penting dalam urutan. Urutan yang baik adalah urutan pada point point.

4. Elemen Haba panas

Haba panas sangat baik untuk melancarkan darah. Juga mencairkan lemak yang berada dalam salur darah. Kerana itu bertungku/ sauna/ mandi wap panas/ bertangas sangat bagus sebagai rawatan badan. Haba juga mempercepatkan denyutan jantung membantu darah mengalir lancar ke seluruh badan. Elemen haba ini menjadikan wajah kita lebih berseri seri dan bertenaga.

Sambung di episod 3..

Comments

Popular posts from this blog

Urutan Batin Lelaki??

Tips menghadapi Sciatica Nerve Pain