Urutan Batin Lelaki??

Baru baru ni suami saya dapat Call... 
Client= Salam... Ini Tuan Muslim ke... Tuan boleh bantu saya ke?

Suamiku= Iya saya, Apa boleh saya bantu...

Client= Tuan ada urutan batin ke?

Suamiku= Boleh saya tahu masalah tak boleh mengeras ke?

Client= Boleh Tuan. Cuma bila dengan Isteri tak mahu pula Tuan 😔

Suamiku= Kalau boleh Mengeras bukan masalah saraf atau masalah Fizikal.. berapa umur dan berapa tahun dah kawin?

Client= Saya 31, sudah 3 tahun saya kawin..

Suamiku= Saya cadang Tuan Berubat Ruqyah, kemudian pergi semula tempat kenangan Tuan dulu2 jatuh hati dengan isteri. Cari semula kenangan... perasaan. Bina semula perasaan cinta... 

Client= Itulah...Saya rasa saya dah hilang perasaan pada isteri saya... 

Suamiku= Itu perkara biasa bila kita kawin... lepas tu rutin banyak... kita lupa nak bercinta semula... kita kawin pun kena selalu semai cinta dan bina perasaan itu...jangan biar hambar.. pergi bercuti, beli hadiah, sama2 macam awal awal nak mengurat dulu... Semua pasangan pasti hadapi fasa Hambar... Bosan lebih2 lagi dah 3 tahun kemudian 5 tahun...

Kerana itu ada yang 17 tahun kawin juga boleh berpisah bercerai...

Client= Oh iya? ok Tuan saya akan usahakan..

Iya... itu realiti perkahwinan... ingat mudah? ingat cinta tu akan berlarutan dan berpanjangan? kerana itu pasangan yang berusaha akan lebih kekal kerana usaha untuk membina hubungan.. 

Itulah Nikmat Cinta Selepas Berkahwin. 

Ramai yang bercinta sebelum berkahwin... kemudian tidak bina dan semai sesudah berkahwin... 

ini adalah real. kami terapis urutan telah mendengar pelbagai kisah. semua kisah itu kami ambil iktibar dan pedoman..

Hargailah Pasangan anda. Binalah perhubungan.

Semoga kekal ke Jannah.

Muslim dan Husna
Founder El Husna Spa

Comments

Popular posts from this blog

Tips menghadapi Sciatica Nerve Pain